Monday, August 3, 2009

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

Assalamualaikum (Catatan Khas Untuk Tatapan Pelajar-Pelajar BBM 110, 2009)

`Bahasa Menunjukkan Bangsa'

Peribahasa ini selalu kita dengar dan baca. Namun pernahkah kita cuba menghayati maksud peribahasa di atas? Saya yakin ada di antara kita yang mengerti malahan menterjemahkan peribahasa ini dalam bentuk amalan atau tingkah laku. Syabas!!! jika kita sentiasa mengamalkannya.

Bahasa yang bersantun atau santun dalam berbahasa adalah suatu tuntutan yang semakin mendesak memandangkan dewasa ini kesantunan semakin hilang daripada peribadi bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya.

Bangsa Melayu sebenarnya dikenali sebagai satu bangsa yang amat bersantun dalam segenap segi perlakuan termasuk dalam berbahasa. Namun belakangan ini kesantunan berbahasa bangsa Melayu semakin terhakis dek peredaran masa dan keriuhan suasana.

Saya ingin menyeru di ruangan ini agar pelajar-pelajar saya dapat mencuba setakat yang termampu untuk menjadi seorang yang santun dalam berbahasa. Ianya bukan sekadar untuk memenuhi kehendak kursus BBM 110 semata-mata malahan untuk seumur usia, selagi nyawa dikandung badan. Mudah-mudahan di akhir kursus ini anda semua akan menjadi seorang anak bangsa yang dihormati orang kerana kesantunan bahasa selain baik budi pekerti. Ingatlah selalu bahawa sesungguhnya `BAHASA ITU MENUNJUKKAN BANGSA'.




No comments:

Post a Comment