Tuesday, August 25, 2009

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum wm. wb.

Khas untuk pelajar-pelajar BBM 110 saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA. Banyakkan bersabar sewaktu menjalani ibadah puasa tambahan pula kuliah-kuliah berjalan seperti biasa. Inilah namanya pengorbanan dalam menuntut ilmu. Kuatkan lagi semangat anda dalam menghadapi cabaran. Kata pepatah, `Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya,"

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawih.

Daripada Cikgu Zan BBM 110.

Friday, August 21, 2009

KESANTUNAN BAHASA- MUKA 5

Kesantunan Bahasa:

Sistem Bahasa

Salah satu asas kesantunan bahasa ialah peraturan linguistik. Ianya berkaitan dengan penggunaan bahasa daripada sudut tatabahasa (kata dan ayat), sebutan dan intonasi serta sistem ejaan dan tanda baca. Tatabahasa diperlukan dalam kedua-dua bentuk komunikasi iaitu lisan dan tulisan. Sebutan dan intonasi pula diperlukan dalam komunikasi lisan, sementara sistem ejaan dan tanda baca diperlukan dalam komunikasi tulisan. Peratusan linguistik perlu dikuasai oleh pengguna bahasa, terutama dalam konteks yang rasmi.

Tatabahasa

Tatabahasa menjadi unsur yang amat penting dalam mana-mana bahasa. Tatabahasa merupakan peraturan bagaimana kata dan ayat dibina dan seterusnya disusun dalam bentuk yang lebih besar iaitu wacana.

Sepucuk surat misalnya ialah sebuah wacana, iaitu binaan bahasa yang lengkap, kerana ada maklumat pengirim, penerima, perkara, kandungan surat dan sebagainya.

Demikian juga ucapan adalah sebuah wacana yang terbentuk daripada sejumlah kata dan ayat. Setiap kata dan ayat yang gterdapat dalam surat dan ucapan itu dibina atau dibentuk berdasarkan peraturan yang disebut tatabahasa.

Idea, pendapat dan perasaan yang hendak disampaikan oleh seseorang perlu disusun menurut peraturan tatabahasa. Pendengar atau pembaca hanya dapat memahami idea, pendapat dan perasaan orang lain melalui bahasa yang disusun berdasarkan peraturan yang telah menjadi asas bahasa dalam masyarakat.

Penguasaan tatabahasa penting untuk memastikan bahawa bahasa yang kita gunakan kemas, teratur dan lancar serta lepas daripada kesilapan yang mengurangkan mutu bahasa yang kita gunakan.

KESANTUNAN BAHASA- MUKA 4

Suasana dan Urusan Tidak Rasmi.

Suasana tidak rasmi berkaitan dengan sesuatu yang lebih bersifat persendirian, peribadi dan tidak berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan instirusi lain.Antara suasana dam urusan tidak rasmi yang lazim termasuklah:

  1. Perbualan (bersemuka atau melalui alat seperti telefon)
  2. Perbincangan biasa
  3. Jual beli biasa
  4. Gurau senda
  5. Catatan peribadi

Komunikasi dalam suasana dan urusan tidak rasmi lazimnya tidak tertakluk terlalu ketat kepada peraturan linguistik. Yang dipentingkan ialah kesalingfahaman. Bahasa badan dan isyarat tangan boleh digunakan untuk menyampaikan maksud.

Namun demikian, peraturan daripada sudut sosiolinguistik dan pragmatik masik tetap dipentingkan dalam komunikasi yang tidak rasmi. Contohnya penggunaan kata sapaan atau kata panggilan yang menepati sistem masyarakat, misalnya sistem kekeluargaan. Ianya berkaitan taraf atau kedudukan dalam keluarga, faktor usia atau faktor lain.

Begitu juga untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik’ atau `saudari’, `encik’ dan `saudara’. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik’ dan `puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

Pernah terjadi sorang profesor wanita yang agak berumur disapa oleh seorang pelajar di kawasan kampus dengan panggilan `mak cik’ dan profesor itu berasa tersinggung sehingga komunikasi yang berlaku sesudahnya antara mahasiswa itu dengan beliau menjadi kurang mesra.

Ada pula kisah seorang pegawai kanan yang disapa oleh seorang gadis yang menjual makanan di sebuah restoran dengan panggilan `abang’ terus meninggalkan restoran itu kerana tidak selesa dengan sapaan begitu.

Panggilan nama kepada orang yang tidak atau kurang akrab dengan kita, sekalipun dalam suasana tidak rasmi, pun tidak manis, terutama jika orang itu lebih tua dan lebih tinggi kedudukannya daripada kita. Panggilan nama mungkin sesuai hanya dalam kalangan teman yang cukup akrab. Budaya Barat mungkin membenarkan keadaan sebegitu, tetapi budaya kita mempunyai asas norma yang lain. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda disayangi”

KESANTUNAN BAHASA- MUKA 3

Lingkungan Penggunaan Kesantunan Bahasa

Suasana dan Urusan Rasmi

Urusan rasmi merujuk kepada sesuatu majlis atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa dan institusi, termasuk swasta dan pertubuhan.

Suasana rasmi merujuk kepada apa-apa sahaja bentuk majlis yang diadakan oleh atau berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut di atas. Antara majlis rasmi yang lazim termasuklah:

  1. Majlis perasmian (pembukaan dan penutupan)
  2. Majlis pelancaran
  3. Majlis sambutan / keraian
  4. Majlis santapan diraja
  5. Majlis jamuan
  6. Majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong / Raja / Sultan
  7. Majlis pengurniaan dan bintang kehormat
  8. Majlis mendatangani perjanjian
  9. Majlis pengisytiharan
  10. Majlis konvokesyen

Urusan rasmi pula lazimnya berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu tugas yang berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut tadi. Antara urusan rasmi yang lazim ialah:

  1. Surat-menyurat rasmi
  2. Pemakluman
  3. Mesyuarat (menyuarat agung, mesyuarat berkala, mesyuarat khas)
  4. Seminar dan persidangan
  5. Ceramah
  6. Dialog
  7. Pengiklanan pentadbiran / pengurusan
  8. Kuliah / pengajaran
  9. Taklimat
  10. Forum.

Dalam semua suasana dan urusan rasmi seperti yang dinyatakan di atas, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya. Penutur atau penulis untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan. Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.

Suasana dan Urusan Tidak Rasmi.

Suasana tidak rasmi berkaitan dengan sesuatu yang lebih bersifat persendirian, peribadi dan tidak berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan instirusi lain.Antara suasana dam urusan tidak rasmi yang lazim termasuklah:

  1. Perbualan (bersemuka atau melalui alat seperti telefon)
  2. Perbincangan biasa
  3. Jual beli biasa
  4. Gurau senda
  5. Catatan peribadi

Komunikasi dalam suasana dan urusan tidak rasmi lazimnya tidak tertakluk terlalu ketat kepada peraturan linguistik. Yang dipentingkan ialah kesalingfahaman. Bahasa badan dan isyarat tangan boleh digunakan untuk menyampaikan maksud.

Namun demikian, peraturan daripada sudut sosiolinguistik dan pragmatik masik tetap dipentingkan dalam komunikasi yang tidak rasmi. Contohnya penggunaan kata sapaan atau kata panggilan yang menepati sistem masyarakat, misalnya sistem kekeluargaan. Ianya berkaitan taraf atau kedudukan dalam keluarga, faktor usia atau faktor lain.

Begitu juga untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik’ atau `saudari’, `encik’ dan `saudara’. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik’ dan `puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

Pernah terjadi sorang profesor wanita yang agak berumur disapa oleh seorang pelajar di kawasan kampus dengan panggilan `mak cik’ dan profesor itu berasa tersinggung sehingga komunikasi yang berlaku sesudahnya antara mahasiswa itu dengan beliau menjadi kurang mesra.

Ada pula kisah seorang pegawai kanan yang disapa oleh seorang gadis yang menjual makanan di sebuah restoran dengan panggilan `abang’ terus meninggalkan restoran itu kerana tidak selesa dengan sapaan begitu.

Panggilan nama kepada orang yang tidak atau kurang akrab dengan kita, sekalipun dalam suasana tidak rasmi, pun tidak manis, terutama jika orang itu lebih tua dan lebih tinggi kedudukannya daripada kita. Panggilan nama mungkin sesuai hanya dalam kalangan teman yang cukup akrab. Budaya Barat mungkin membenarkan keadaan sebegitu, tetapi budaya kita mempunyai asas norma yang lain. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda disayangi”

KESANTUNAN BAHASA- MUKA 2

Peraturan Linguistik

Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.

Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.

Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat saling memahami jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

Peraturan Sosiolinguistik

Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks kominikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat. Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul. Penggunaan gelar ( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelar tetap perlu disapa dengan gelar yang dimilikinya. Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat. Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

Peraturan Pragmatik

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan. Maka itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain. Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara. Dalam wacana, misalnya dapat dipilih wacana jenis penceritaan, pemaparan, penghujahan dan pembujukan.

KESANTUNAN BAHASA- MUKA 1

BBM110- KESANTUNAN BAHASA

Pengenalan

Kata santun menurut Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.

Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang bertamadun.

Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.

Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan panggilan kehormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Ameritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu:

1. peraturan linguistik

2. peraturan sosiolinguistik

3. peraturan pragmatik

Kepatuhan kepada ketiga-tiga pertaturan itu secara bersepadu menjadi asas

Kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.

Monday, August 3, 2009

JADUAL KITA (Mulai 2 Ogos 2009)

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

Assalamualaikum (Catatan Khas Untuk Tatapan Pelajar-Pelajar BBM 110, 2009)

`Bahasa Menunjukkan Bangsa'

Peribahasa ini selalu kita dengar dan baca. Namun pernahkah kita cuba menghayati maksud peribahasa di atas? Saya yakin ada di antara kita yang mengerti malahan menterjemahkan peribahasa ini dalam bentuk amalan atau tingkah laku. Syabas!!! jika kita sentiasa mengamalkannya.

Bahasa yang bersantun atau santun dalam berbahasa adalah suatu tuntutan yang semakin mendesak memandangkan dewasa ini kesantunan semakin hilang daripada peribadi bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya.

Bangsa Melayu sebenarnya dikenali sebagai satu bangsa yang amat bersantun dalam segenap segi perlakuan termasuk dalam berbahasa. Namun belakangan ini kesantunan berbahasa bangsa Melayu semakin terhakis dek peredaran masa dan keriuhan suasana.

Saya ingin menyeru di ruangan ini agar pelajar-pelajar saya dapat mencuba setakat yang termampu untuk menjadi seorang yang santun dalam berbahasa. Ianya bukan sekadar untuk memenuhi kehendak kursus BBM 110 semata-mata malahan untuk seumur usia, selagi nyawa dikandung badan. Mudah-mudahan di akhir kursus ini anda semua akan menjadi seorang anak bangsa yang dihormati orang kerana kesantunan bahasa selain baik budi pekerti. Ingatlah selalu bahawa sesungguhnya `BAHASA ITU MENUNJUKKAN BANGSA'.




KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

ASAL USUL BAHASA MELAYU

PENGENALAN KURSUS- Muka Surat 4/4

PENGENALAN KURSUS- Muka Surat 3/4

PENGENALAN KURSUS - Muka Surat 2/4


Pengenalan Kursus


PENGENALAN KURSUS- Muka Surat 1/4


Pengenalan Kursus BBM110


SALAM BBM 110- Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat

Assalamualaikum kepada semua pelajar BBM 110.

Sila lawati blog ini sekerap mungkin untuk mendapat informasi terkini berkaitan dengan kuliah-kuliah saya. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat.

Terima kasih,

Cikgu Azizan