Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum wm. wb.
Kepada semua pelajar BBM110 sesi Julai - Disember 2009,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Di mana sahaja anda berhari raya, saya harap anda bergembira di samping orang tersayang. Sepanjang perayaan ini cuba amalkan apa yang dipelajari. Berbahasalah dengan santun, berbudilah dengan luhur. Ingat budi bahasa tidak dapat dijual beli. Yang Cantik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa.
Jagalah keselamatan diri sepanjang di perjalanan. Sekali lagi Selamat Hari Raya.
Terima kasih.

Ikhlas Daripada,
Cikgu Zan,
Alor Setar.

1 Syawal 1430